LAMAN WEB SJKT SAINT MARY'S
SJKT ST.MARY'S  
  Home
  => BIODATA
  => SEJARAH SEKOLAH
  => VISI DAN MISI SEKOLAH
  => STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH
  => AKTIVITI SEKOLAH 2008
  Guestbook
  MASUKKAN KATA LALUAN
  Contact
  JADUAL WAKTU
  PAUTAN LINK
SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

SJK(T) Saint Mary’s ditubuhkan pada tahun 1905.Penubuhan sekolah ini diusahakan oleh seorang dermawan. Pada peringkat mulanya hanya ada 20 orang murid dan seorang guru. Murid-murid ini belajar di sebuah rumah yang disediakan oleh pihak gereja untuk kegiatan agama pada hari Ahad dan pada hari-hari lain untuk pengajaran. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah En.Anthonisamy dan sekolah ini di bawah pentadbiran paderi REV.Awey.

                Pada tahun 1928, Gereja Katholik didirikan di kawasan tersebut. Gereja ini digunakan sebagai bilik darjah.. Selepas satu dekad bilangannya menjadi 70 orang.

                Pada tahun 1938, sebuah bangunan baru yang dilengkapi dengan 3 buah bilik darjah telah didirikan berhampiran dengan Gereja Katholik untuk Sekolah Inggeris Convent yang digabungkan dengan sekolah Tamil. Selepas Perang Dunia Ke-2, pada tahun 1945, murid-murid dari Sekolah Convent tersebut telah ditukarkan ke Taiping. Bangunan itu diserahkan sepenuhnya kepada sekolah Tamil.

                Pada tahun 1957, En.S.Sabarathinam, Penyelia sekolah-sekolah Tamil Perak telah mencadangkan supaya sekolah ini digabungkan dengan Sekolah Tamil Dennistown.. Bilangan murid bertambah. Kerajaan membina bangunan baru seluas 60’x 25’ pada tahun 1991. Pada 8 Mac 1961, Sekolah Tamil Dennistown dicantum dengan sekolah ini.

                Pada tahun 1981, sekolah ini mendapat kemudahan bekalan elektrik. Sekolah ini bertukar nama daripada Sekolah Rendah Tamil Saint Mary’s kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Saint Mary’s.

                Sewaktu En.Marimuthu menjadi Guru Besar sekolah ini pada tahun 1991, dengan bantuan MIC cawangan Parit Buntar, bangunan baru yang mengandungi 4 bilik darjah telah dapat dibina. 

Berpindah Ke Kompleks Sekolah Wawasan

 

                Sekolah ini telah berpindah ke Kompleks Sekolah Wawasan pada 9.6.2003 dan menjadi satu –satunya Sekolah Wawasan di Daerah Kerian.

 

                Meskipun sekolah ini bermula dengan 20 orang murid sahaja pada awal penubuhannya tetapi sekarang sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah harapan di Daerah Kerian dalam proses untuk membina  wargangara yang berguna pada masa hadapan.

 

 

 

 

 
 
Friendster Clocks at PingAFriend.com
Myspace Graphics
Friendster Calendars at PingAFriend.com
Myspace Comments
 
Today, there have been 2 visitors (4 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free